Lagi 4 Tip Affiliate Melalui Blog

| Thursday, December 25, 2008

Saya pernah buat satu entri mengenai tip affiliate melalui blog sebelum nie. Sebagai rujukan, anda boleh lihat sajer kat sini. Bila bace semula, rasanyer ada beberapa perkara lagi yang perlu ditambah. Al-maklumlah, saya nipun masih mentah lagi dalam bidang pemasaran affiliate nih. : )

Tanpa membuang masa, ayuh kita teruskan tip affiliate melalui blog ni khusus buat anda dan juga peringatan kepada diri saya sendiri.


1. Isi dulu blog dengan kandungan berkualiti


Pada entri yang lepas, saya dah kupas agak panjang mengenai perkara nie. Pendek kata, persiapkan dahulu sebuah blog mengikut niche pilihan anda. Kemudian, tulis artikel yang berkualiti yang dapat memberi faedah kepada pelawat. Bina kredibiliti anda di mata mereka.

Sebaik-baiknya, ambil masa 3 bulan terawal untuk memadatkan blog anda dengan kandungan yang berinformasi. Kalau rasa anda sukar untuk menulis, dapatkanlah artikel atau ebook yang berlesen private label right (PLR). Dengan lesen PLR, anda boleh ubahsuai dan edit isi kandungan artikel atau ebook tersebut.

Tak tau ataupun mengalami kesukaran nak edit artikel??

Jangan gusar, google dah siapkan satu tool untuk anda. Iaitu Google Translate. Gunakanlah kebijaksanaan anda untuk menggunakan tool tersebut. :D


2. Sering update blog


Semakin banyak post yang anda tulis, semakin ramailah pelawat yang dapat menjumpai blog anda.

Begini, semakin banyak post yang ditulis maka semakin banyaklah webpage blog anda yang diindex oleh enjin carian. Mengikut kajian, kebanyakan pengguna internet menggunakan enjin carian untuk mencari sesuatu maklumat. Sebabnya, adalah agak sukar nak ingat alamat penuh url sesebuah site tue.

Seperkara lagi, kalau selalu update blog, spider enjin carian turut melawat blog anda dengan lebih kerap lagi. : )

Jangan lupa untuk memanfaatkan fungsi "tags" gak. Kalau guna platform blogger(blogspot) macam saya nie, ia dipanggil "labels". Gunakan labels yang bersesuaian untuk setiap post yang anda tulis. Dari sini, peluang pelawat menjumpai blog anda melalui enjin carian juga lebih tinggi.


3. Optimumkan penggunaan katakunci


Sama seperti labels, anda seharusnya mengoptimumkan katakunci sebaik mungkin. Masukkan katakunci dalam setiap tajuk post anda. Gunakan juga katakunci spesifik yang panjang (long tail keyword). Dalam 3-4 patah perkataan.

Contohnya;

--- "Rahsia pro affiliate"
--- "Rahsia menjadi pro affiliate"
--- "Apa itu program affiliate"

Selalunya, persaingan untuk long tail keyword ni agak kurang. Individu yang membuat carian spesifik nie plak berpotensi menjadi pembeli. Sebabnya, mereka nie sememangnya sedang tercari-cari sesuatu dan bersedia untuk membeli!

Kat sinilah peluang anda mempromosikan sebarang produk affiliate yang berkaitan. :D

Kalau anda dapat cipta tajuk yang catchy, itu lagi bagus. Tentu dapat menarik lebih ramai pembaca.

Nak buat kajian pasal long tail keywords?? Boleh guna Google Keyword Tool External ataupun Freekeywords Wordtracker.


4. Call to action

Saya kurang pasti terjemahannya yang tepat dalam Bahasa Malaysia. Ia bertujuan untuk memudahkan pelawat blog anda untuk membuat tindakan susulan. Apa yang mereka perlu buat selepas membaca post di blog anda??

Contohnya begini;

Katakan seseorang pelawat berminat terhadap sesuatu produk yang anda promosikan. Setelah membaca ulasan anda, mereka tertarik dan ada keinginan untuk membeli. Jadi, mereka tentu nak tau di manakah mereka dapat membeli produk tersebut.

Daripada situasi kat atas, di sinilah kepentingan call to action. Anda tunjukkan di mana mereka dapat membeli ebook. Letakkan link affiliate anda dengan ayat-ayat yang membuat mereka teruja untuk membeli.

Contohnya;


Atau



Ayat di atas hanyalah contoh untuk memudahkan pemahaman anda, ok. Anda boleh gunakan kreativiti sendiri yang lebih hebat untuk menarik perhatian pelawat dan menukarkannya kepada pembeli. :D


Akhir kata, terima kasih saya ucapkan sebab anda sanggup baca sampai ke perenggan ini. Mudah-mudahan 4 tip affiliate melalui blog ni mempelbagaikan lagi trick anda mempromosikan sesuatu program affiliate yang disertai.


Semoga Sukses Affiliaters!