Apa Itu Program Affiliate

| Sunday, November 16, 2008

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Mungkin ramai yang masih lagi tertanya-tanya apa benda program affiliate tu? Atau dalam bahasa globalnya affiliate programs. Kalau nak diikutkan, anda boleh saje gunakan khidmat Pakcik Google tu. Taip program affiliate, nanti banyak maklumat yang anda akan dapat. Macam kat bawah ni.


1.0 Carian Program Affiliate



Tanda 1 dan 2 tu menunjukkan anda tengah cari maklumat tentang program affiliate dan jumlah result yang akan anda dapat. Iaitu ada 6.42 juta maklumat yang berkaitan.

Oleh sebab masih ada rakan-rakan yang belum faham sangat apa itu program affiliate, saya akan sentuhnya di sini. Saya cuba permudahkannya supaya lebih jelas.

Ok, harap anda boleh tumpukan lebih perhatian sekarang. Anda pasti akan dapat konsepnya di akhir nanti.

Secara asasnya, affiliate programs ini dianjurkan oleh pemilik sesuatu produk. Saya ambil contoh ebook Rahsia Pro Affiliate Full Version. Pemilik produk ni adalah Team SmartBrain. Merekalah yang telah mengeluarkan ebook tersebut.

Kemudiannya, Team SmartBrain ni juga telah membuka program affiliate untuk ebook Rahsia Pro Affiliate ni kepada umum. Anda boleh lihat sendiri web jualannya di sini.

Tujuannya tidak lain adalah untuk mempromosikan produk mereka secara lebih meluas. Semakin ramai yang mempromosikan ebook ni, maka semakin ramailah yang akan berkunjung ke web jualan Rahsia Pro Affiliate tu.

Apabila semakin ramai yang mengunjungi sesuatu web jualan, maka peluang untuk produk tu untuk dijual adalah tinggi! Apabila produk itu terjual, tentulah ada keuntungan di situ. =)

Baiklah, itu kalau kita lihat dari sudut pemilik produk. Ataupun penganjur program affiliate itu sendiri.


Sekarang mari kita lihat dari perspektif lain pula. Iaitu bagi pihak agen affiliate pula. Siapa agen affiliate ni?


Kalau anda rasa kurang faham, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang semula part yang anda tak faham tu.

Kalau dah OK, barulah sambung semula pasal agen affiliate ...

Agen affiliate ni ialah orang yang mempromosikan sesuatu produk seperti ebook. Katakanlah saya yang mempromosikan ebook Rahsia Pro Affiliate kat anda melalui blog ini.

Maka, sayalah salah seorang agen affiliate untuk ebook Rahsia Pro Affiliate ni. Tugas saya adalah mempromosikan ebook ni. Kalau ada yang membeli melalui link affiliate saya, cukup bulan (atau sebarang tarikh yang ditetapkan oleh penganjur) saya dapatlah komisen.

Apa pulak link affiliate tu?

Sesudah mendaftar sebagai agen affiliate nanti, anda akan diberikan link affiliate yang unik. Setiap orang akan diberikan link affiliate yang berlainan!

Contohnya;

http://www.rahsia-pro-affiliate.com/idevaffiliate.php?id=XX

Selalunya bahagian terakhir iaitu XX (dalam contoh kat atas), adalah berbeza. Takkan ada yang sama! Sebab ia menunjukkan siapa yang dah berjaya membuat jualan. Yaaahoooo!


Setakat ini dululah maklumat yang saya nak kongsi dengan anda. Moga-moga anda dah tahu apa itu program affiliate, agen affiliate dan juga link affiliate. Saya akan tambah lagi input untuk anda pada tulisan yang akan datang.

Singgah lagi kat sini tau! =D

p.s: Sesiapa yang nak tanya ataupun ada idea nak ditambah, sila berbuat demikian di ruangan komen tau.






0 comments: