3 Kesilapan Biasa Agen Affiliate

| Thursday, October 23, 2008

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Semalam, saya baru mendapat email daripada saudara Din Beramboi. Kalau anda belum mengenalinya, beliau merupakan penulis ebook Rahsia Pro Affiliate bersama-sama Kento. Anda juga boleh lihat tulisan saya mengenai ulasan rahsia pro affiliate full edition di sini.

Dalam email semalam, saya dimaklumkan yang agen affiliate sering melakukan 3 kesilapan berikut:


1. Menyertai terlalu banyak program affiliate

Usahlah anda mempromosikan pelbagai program affiliate sekaligus. Jangan tamak sangat sebaliknya anda perlu lebih fokus.

Saya pernah terbaca (tak ingat tajuk ebook tu) yang sebaiknya jangan mempromosikan lebih daripada 3 produk dalam sesatu masa.

Ataupun kalau nak promosikan lebih daripada 1 produk, buat ulasan mengenai perbandingan antara kesemua produk. Sertakan perkara positif dan negatif produk-produk tersebut. Dengan cara ini, pelawat blog anda pastinya akan menghargai usaha anda tu.

Buatlah ulasan secara jujur dan bertanggungjawab.


2. Memilih program affiliate yang salah

Contohnya macam blog ni. Niche adalah rahsia menjadi pro affiliate. Setakat ini, saya hanya mempromosikan ebook rahsia pro affiliate saje. Ataupun kalau pada masa depan ada lagi produk yang bagus tentang affiliate, barulah saya akan promote.

Untuk itu, promosikanlah hanya produk yang bersesuaian (sama niche) dengan blog atau website anda.


3. Tidak menggunakan produk yang dipromosi tu terlebih dahulu

Kesilapan ke-3 ni saya pernah buat. Mempromosikan produk yang tak pernah saya pakai atau beli.

Tapi ebook rahsia pro affiliate full version ni saya dah ada tau. :)

Kesilapan ke-3 ni perlu dielakkan sebab kalau ada yang bertanya dan kita tak dapat jawab, alamak habislah. :( Orang pun tak percaya dengan kita, kan?

Tapi cara saya begini, saya akan bantu dulu apa yang termampu. Buatlah sikit research kat "Google" tentang produk tu dulu. Kalau tak dapat jawab, saya suruh yang bertanya tu email atau contact pemilik asal produk tu.

Perlu kita ingat, hanya promote produk yang dirasakan bagus dan dapat membantu orang lain saja. Kalau nak tahu sama ada ia bagus atau tidak, anda boleh tengok pada testimonial kat web jualan, usha kat forum ke (ada tak perbincangan mengenainya), ada jaminan wang dikembalikan ataupun hubungi terus pemilik produk tu kan ke lebih senang.

Kalau anda nak lagi pelbagai tip affiliate yang lain, anda boleh dapatkannya di sini.

Semoga Sukses Menjadi Pro Affiliate!

0 comments: