Tip Affiliate Melalui Blog

| Thursday, October 9, 2008

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pertama skali, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam. Harap tak terlambat yer. :)

Sebelum nie, saya ada membuat ulasan mengenai ebook Rahsia Pro Affiliate. Kalau anda yang nak tahu serba sedikit mengenainya, bolehlah baca ulasan tu. Mudah-mudahan anda dapat sikit gambaran secara keseluruhannya, ok.

Kali nie, saya nak kongsikan satu tip untuk anda yang terlibat dengan program affiliate. Lebih menarik lagi, tip ni pun boleh digunakan walaupun anda tiada mailing list.

Kebetulan, saya pun dapat tip ni daripada Lynn Terry. Beliau ni mempunyai pengalaman lebih kurang 10 tahun dalam bidang pemasaran internet. Salah satu kepakaran beliau ialah bidang affiliate. Jadi, apa salahnya kalau saya kongsikan kat sini, kan?

Tip Affiliate Melalui Blog:

1. Buat sebuah blog berkaitan dengan produk yang ingin anda promosikan.

2. Ataupun anda boleh buat blog mengikut niche (pengkhususan) yang anda mahu. Kemudian baru anda cari produk yang bersesuaian untuk dipromosikan.

Tapi tunggu dulu! Selepas anda buat blog, jangan terus mempromosikan produk affiliate anda. Apa yang perlu anda buat adalah langkah 3.

3. Tulis dan post kandungan yang berkualiti ke dalam blog anda.

4. Ambil masa lebih kurang 3 bulan untuk menulis seberapa banyak artikel yang berkualiti ke dalam blog anda.

Tujuannya adalah untuk membina kredibiliti anda di mata pengunjung.

5. Pastikan artikel anda tu dapat membantu pengunjung yang sedang mencari maklumat yang diperlukan di internet.

6. Dengan cara ini, secara tak langsung anda telah membantu orang lain mendapatkan maklumat yang mereka perlukan.

7. Apabila mereka merasakan yang artikel anda amat membantu, pastinya mereka akan selalu mengunjungi blog anda kelak. Seterusnya, kebarangkalian untuk mereka menjadi pembaca setia blog anda amat tinggi. :p

8. Nah, sekarang mereka telah percaya dan yakin dengan kebolehan anda!

9. Jikalau semuanya berjalan lancar, barulah anda bersiap sedia untuk mempromosikan produk affiliate yang berkualiti dan dapat membantu menyelesaikan masalah kebanyakan orang.

Ok, sekarang tibalah masanya anda mempromosikan produk affiliate yang telah dipilih melalui blog. Macamner caranya tuh?

Baiklah, apakata anda sambung dengan langkah 10.

10. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat ulasan tentang produk tersebut.

Contohnya seperti tulisan saya sebelum nie iaitu Ulasan Rahsia Pro Affiliate Full Version. :D

Untuk membuat ulasan yang terperinci, ada baiknya ada mendapatkan produk tersebut terlebih dahulu. Bila anda dah memiliki produk tersebut, anda pastinya mampu membuat ulasan yang lebih lengkap.

Tulislah dengan jujur dan sepenuh hati. Luahkan pendapat sebenar anda terhadap sesuatu produk tue. Tuliskan faedah-faedah yang bakal pembeli perolehi. Tapi, kalau ada kekurangan, jangan takut untuk memberitahunya kepada pembaca. :)

Sebabnya ialah tiada satu pun produk yang sempurna di dunia ni, kan? Sikit sebanyak mesti ada kekurangannya.

Akhir skali, saya harap tip di atas sikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda. Pada masa-masa akan datang, saya akan kongsikan lagi tip-tip lain pulak, yer. :)

Salam Sukses & Jumpa Lagi!

0 comments: